Rabu, 16 April 2014

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand bakal adakan pilihan raya pada Julai depan.

Posted: 16 Apr 2014 09:39 AM PDT

BANGKOK 17 April - Thailand dijangka akan mengadakan pilihan raya umumnya pada 20 atau 27 Julai depan.

Agensi berita Xinhua memetik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Somchai Srisutthiyakor berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama 70 parti politik pada 22 April ini bagi mendapatkan pendapat mengenai tarikh pilihan raya baharu.

Jelasnya, jika semua berjalan lancar Parlimen dijangka akan bersidang pada bulan September dan kerajaan baharu akan dibentuk pada bulan Oktober.

119 pengikut Mursi dipenjara.

Posted: 16 Apr 2014 09:39 AM PDT

KAHERAH 17 April - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas 119 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi hari ini.

Mereka dipenjarakan selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam tunjuk perasaan pada 6 Oktober tahun lalu, yang menyaksikan lebih 50 orang terbunuh.

Hakim, Hazem Hashad turut membebaskan enam individu yang dituduh sebagai pengikut Mursi yang berhadapan tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram dan melakukan rompakan. - REUTERS

HARAKAH Remaja / Kampus

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

HARAKAH Remaja / Kampus


PAS rakam takziah buat keluarga Karpal

Posted: 16 Apr 2014 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mendiang adalah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

Karpal Singh, pembantu maut kemalangan jalan raya

Posted: 16 Apr 2014 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban.

Hudud: Perlukah dipinda perlembagaan?

Posted: 16 Apr 2014 12:04 AM PDT

Atas dasar itu perlukah perlembagaan dipinda jika Kelantan ingin melaksanakan hudud? Ya, benar ada dua pendapat. Satu pendapat kata perlu pinda Perlembagaan dan pendapat yang lain kata tidak perlu.

Belanja baiki stadium runtuh boleh bina stadium baru

Posted: 15 Apr 2014 08:02 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam ucapan penggulungan menjelaskan kerajaan negeri telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi stadium runtuh itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Umno ahli lembaga pengarah anak syarikat FGV

Posted: 15 Apr 2014 07:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menyaksikan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun beberapa kali tersasul memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebagai "Ahmad Maslan".

2,553 hektar tanah hutan simpan T'ganu bakal musnah

Posted: 15 Apr 2014 07:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 2,553 hektar tanah Hutan Simpan Besul, Dungun bakal musnah jika aktiviti pembalakan besar-besaran dan perlombongan bijih besi dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Air bawah tanah: Syabas tidak diperlukan lagi?

Posted: 15 Apr 2014 06:40 PM PDT

Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff, menyatakan bahawa negara kita dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik.

Pemilihan 2014: PKR buka ruang kempen cara sihat

Posted: 15 Apr 2014 06:36 PM PDT

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014 (JPP) mengambil pendekatan terbuka terhadap mana-mana calon berkempen selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan perlembagaan parti.

Hudud: Cukup dengan kenyataan Presiden PAS

Posted: 15 Apr 2014 06:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahfuz berkata, dengan penjelasan Presiden PAS itu, beliau dan juga pimpinan PAS yang lain tidak perlu lagi melangkaui untuk mengulas lanjut perkara itu.

MH370: Najib putar belit kenyataan, kata Anwar

Posted: 15 Apr 2014 05:32 PM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memutar belitkan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

AiU: Adakah kementerian pendidikan sudah 'dibeli'?

Posted: 15 Apr 2014 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hairan mengapa tiada satu kenyataan keras dibuat terhadap pentadbiran Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) ekoran perlanggaran jelas terhadap Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal - Wardina

Posted: 15 Apr 2014 04:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. Insya Allah khair," tulis Wardina Safiyyah.

PAS Kuala T'ganu sokong enakmen hudud

Posted: 15 Apr 2014 04:41 PM PDT

KUALA TERENGGANU:   PAS Kawasan Kuala Terengganu turut menyokong usaha mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persendirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen.

Hudud di Kelantan: Anwar mahu dengar pendirian Najib

Posted: 15 Apr 2014 03:34 PM PDT

PETALING JAYA: "Mahu Najib terangkan dengan jelas. Jangan menggunakan agama atau selawat untuk jelaskan isu hudud ini sebab Dun Terengganu sendiri menolak usul hudud," kata Anwar.

PAC: Wan Azizah terima, ketua pembangkang tolak

Posted: 15 Apr 2014 02:26 PM PDT

SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor hari ini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Petani kecil gegar negara jika berhenti hasil makanan

Posted: 15 Apr 2014 02:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hak untuk mendapat tanah dan harga hasil berpatutan yang memberi kesan kepada petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara.

Iraq umum tutup 'pusat penyeksaan' Abu Gharib

Posted: 15 Apr 2014 02:09 PM PDT

BAGHDAD: Selepas Saddam digulingkan melalui serangan Amerika Syarikat pada 2003, maklumat dari penjara itu bocor dengan menunjukkan penyiksaan banduan oleh pegawal penjara Amerika Syarikat.

Antara ketirisan bakat dan kemampuan negara

Posted: 15 Apr 2014 01:47 PM PDT

Setiap warga Malaysia prihatin terhadap negaranya. Perasaan kasih terhadap tanah tumpah darahnya ini sesekali tidak pudar. Rakyat mahukan pentadbiran negara yang lebih efisyen dan berwibawa.

MH 370: Tiada objek berkaitan ditemui Bluefin-21

Posted: 15 Apr 2014 01:23 PM PDT

PERTH: Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk mengesan MH370 yang hilang.

Undang-undang darurat jika bekalan air di tahap bahaya

Posted: 15 Apr 2014 01:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Lajnah Dakwah teruskan Wacana Pengukuhan Aqidah

Posted: 15 Apr 2014 12:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat meneruskan siri Wacana Pengukuhan Aqidah kepada umum dan kali ini adalah siri ke 2 dengan tema Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

MH370: Najib baca saja, gaya Hishammuddin macam Anwar

Posted: 15 Apr 2014 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar kehilangan MH370, kelembikan Hishammuddin sebelum ini, khasnya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri seakan-akan dilupakan.

Harian Metro: Hati

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Harian Metro: Hati


Olesan gincu ikut bentuk bibir

Posted: 16 Apr 2014 08:11 AM PDT

Bibir merah, kekal lembap

Posted: 16 Apr 2014 08:06 AM PDT

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Utusan Online - Pahang


Jerantut hadapi pencemaran

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

air berwarna kemerah-merahan dipercayai akibat pencemaran ekoran aktiviti perlombongan tanpa kawalan menyebabkan banyak pengusaha ternakan ikan air tawar terjejas pendapatan.

JERANTUT 16 April - Daerah ini sejak sekian lama memang terkenal sebagai destinasi pelancongan menarik yang kerap menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Terkenal dengan Bandar Taman Negara selain Kuala Tahan itu sendiri menjadi tumpuan ramai, daerah Jerantut juga dilihat menjadi destinasi yang memberi pulangan lumayan kepada penduduk, kerajaan negeri dan juga negara.

Selain lokasi-lokasi menarik seperti air terjun, gua-gua, fauna dan flora, perkampungan Orang Asli, santuari kelah dan banyak lagi, destinasi pelancongan di daerah ini secara tidak langsung memberi pulangan lumayan kepada pendapatan penduduk.

Ini termasuklah perkhidmatan penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Pada masa sama, daerah ini juga terkenal dengan sumber ikan air tawar seperti ikan patin, kelah, tilapia dan beberapa spesies lagi.

Namun, semua keadaan itu kini didakwa membimbangkan penduduk dan pengusaha ternakan ikan air tawar berikutan pencemaran sungai.

Ramai mendakwa pencemaran sungai itu berpunca daripada aktiviti perlombongan yang tidak terkawal hingga menyebabkan air sungai termasuk Sungai Pahang tercemar dan dipenuhi logam.

Ini menyebabkan ikan-ikan yang diternak dalam sangkar ada yang mati dan tidak sesuai untuk dimakan kerana dikhuatiri akan memudaratkan pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati air sungai yang tercemar turut menyebabkan kolam-kolam ikan yang diusahakan penduduk turut terjejas teruk.

Kalangan penduduk mendakwa keadaan itu berlaku sejak adanya aktiviti perlombongan yang tidak terkawal.

Malah, pencemaran yang berlaku juga turut dikaitkan dengan berkurangannya kehadiran pelancong ke daerah Jerantut yang selama ini melibat factor alam sekitar menjadi daya tarikan pelancongan.

Diangggarkan pada tahun lalu, jumlah pelancongan telah berkurangan kira-kira 10,000 orang berbanding tahun 2012. Kini timbul persoalan, jika keadaan ini berterusan, apakah jumlah pelancong pada tahun 2014 akan turut menerima tempias berikutan pencemaran yang berlaku?

Pada masa sama, jika benar dakwaan mengenai pencemaran air sungai ini yang dikaitkan dengan aktiviti perlombongan, apakah nasib dan masa depan penduduk serta pengusaha ikan air tawar?

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris ketika ditemui mengakui menerima beberapa aduan daripada penduduk termasuk para pengusaha ikan air tawar.

Menurutnya, penyelesaian kepada masalah pencemaran sungai itu hendak ditangani secara bersepadu yang melibatkan semua agensi penguat kuasa.

Kita sedar keadaan ini (pencemaran) hingga menyebabkan penduduk gelisah manakala pengusaha ikan air tawar pula terpaksa menanggung kerugian besar dan ada yang gulung tikar.

Sehubungan itu, agensi penguat kuasa berkaitan hendaklah bertindak secara bersepadu iaitu melibatkan tindakan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kawalan serta penyelesaian terhadap pencemaran air sungai yang berlaku, katanya.

Ahmad Nazlan menambah, beliau juga sedang mengumpul pelbagai maklumat berkaitan dengan situasi yang berlaku di daerah berkenaan untuk dibawa ke Sidang Dewan Rakyat.

Berikutan itu, juga, Ahmad Nazlan telah melancarkan pasukan pemantau yang dikenali sebagai Rakan Alam Sekitar baru-baru ini.

Pasukan yang diketuai Jamlus Mat Zium itu antara lain berperanan meninjau seluruh pelosok deaerah ini termasuk di kawasan-kawasan yang didakwa berlaku pencemaran air sungai sertai lain-lain bentuk pencemaran.

Dari tinjauan tersebut, pasukan berkenaan akan mengumpulkan maklumat termasuk aduan daripada penduduk. Segala maklumat itu akan kita ketengahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan selain dibawa ke Sidang Dewan Rakyat, katanya.

Menjawab pertanyaan, Ahmad Nazlan berkata, tindakan daripada agensi penguat kuasa terbabit perlulah dilakukan secara bersepadu demi kepentingan penduduk.

Jelasnya, masalah pencemaran itu tidak sepatutnya dibiarkan dengan ada agensi terbabit mendakwa apa yang berlaku bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Sebab itu tindakan penyelesaian hendaklah secara bersepadu yang melibatkan agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain terutama di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Jika ini dapat dilakukan, saya yakin masalah dihadapi penduduk daerah ini dapat segera diselesaikan, katanya.

Penternak ikan air tawar dakwa alami kerugian

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

JERANTUT 16 April - Pencemaran air sungai yang berlaku dan didakwa akibat aktiviti perlombongan tanpa kawalan di daerah ini, menyebabkan beberapa pengusaha ikan air tawar gelisah.

Ini disebabkan, mereka mengalami kerugian berikutan ikan-ikan ternakan banyak yang mati.

Pengusaha mendakwa, pencemaran air sungai yang berlaku menyebabkan kandungan logam dalam air juga bertambah dan mengakibatkan ikan ternakan mati.

Seorang penternak ikan air tawar di Kampung Binjai di sini, Mohamad Ali Mat Sidek, 54, memberitahu, sebelum ini dia mengusahakan empat kolam ikan dan pendapatan diperolehi agak lumayan.

Menurutnya, keadaan itu berubaha apabila air yang masuk ke kolam ikan didapati mula tercemar dan berwarna kemerah-merahan.

Akibatnya, ada kolam ikan yang diusahakan dipenuhi lumpur yang dibawa oleh air sungai.

Saya dan beberapa pengusaha ikan air tawar percaya keadaan ini berlaku disebabkan pencemaran air sungai ekoran aktiviti perlombongan tanpa kawalan, katanya.

Jelas beliau, pencemaran air sungai itu menyebabkan salah sebuah kolam ikannya dipenuhi lumpur setebal tiga kaki.

Kolam terbabit yang sebelum ini terdapat kira-kira 6,000 ekor ikan tilapia tidak dapat mengeluarkan hasil. Lumpur berkenaan menghalang ikan-ikan daripada naik ke permukaan air dan seterusnya mati, katanya.

Seorang lagi pengusaha ikan air tawar di Kampung Batu Embun di sini, Abdullah Derani, 60, mendakwa dalam tahun ini sahaja kira-kira 30,000 ekor ikan yang diternak dalam sangkar telah mati akibat pencemaran air Sungai Pahang.

Menurutnya, keadaan itu sebelum ini tidak pernah berlaku, namun aktiviti perlombongan tanpa kawalan dipercayai menjadi punca utama.

Tambahnya, beliau tidak dapat menganggarkan berapa lama lagi dapat bertahan untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar itu.

Jika masalah pencemaran dan aktiviti perlombongan ini tidak dapat ditangani, saya percayai ramai lagi pengusaha ternakan ikan air tawar akan terjejas.

Saya merayu, pihak berwajib supaya bertindak dan membela nasib penduduk, katanya.

Pusat Biotek Herba RM80j terbiar

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

RAUB 16 April - Majlis Pemba-ngunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) diminta menyelenggarakan semula operasi Pusat Biotek Herba di Taman Teknologi Malaysia (TPM) Hulu Sungai di sini supaya peranannya lebih relevan dalam menghasilkan herba untuk produk antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pusat bernilai RM80 juta itu terbiar begitu sahaja dan diibaratkan seperti projek gajah putih.

Menurut beliau, ECERDC sepatutnya bertanggungjawab untuk pengoperasian pusat itu selepas dilancarkan dan sehingga kini kawasan berkenaan terbiar tanpa ada satu pun produk herba malahan merugikan pelaburan yang banyak untuk projek tersebut.

Tambahnya, penubuhan pusat itu boleh memberi impak tranformasi dalam bidang pembangunan dan teknologi dalam penghasilan produk herba bagi menambah nilai pasaran setanding dengan pelbagai produk lain di peringkat antarabangsa.

Kita kecewa kerana sehingga ini pusat berkenaan antara yang kedua terbesar di negara ini terbiar tanpa penyelenggaraan rapi untuk produk herba selain peluang pekerjaan yang boleh diceburi penduduk setempat termasuk menyemarakkan penyelidikan per-ubatan berasaskan tumbuhan di peringkat antarabangsa.

Kerajaan negeri berharap ECERDC yang dipertanggungjawabkan melaksanakan segera operasi pusat itu dan tidak mahu penduduk daerah ini tertanya-tanya mengenai status projek ini selain boleh memberi peluang pekerjaan dan pembangunan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang tunai dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anjuran Juara Empower ECER Raub di sini kelmarin.

Menurut Shahiruddin, pusat itu dibina bersebelahan dengan hutan hujan tropika Banjaran Titiwangsa bertujuan menjalankan kegiatan penerokaan bioteknologi tumbuhan daripada sumber asli di kawasan berkenaan tanpa memusnahkan ekosistem sedia ada.

Katanya, pusat itu turut dilengkapi dengan peralatan dan mesin untuk memproses hasil tumbuhan termasuk bahan mentah, mesin mengekstrak dengan kapasiti 1,500 liter, mesin mengkapsul secara automatik dan mesin uncang.

Projek ini memfokuskan tentang penghasilan produk herba, secara tidak langsung membawa Malaysia ke satu dimensi penjanaan kekayaan yang tidak sepenuhnya bergantung kepada sumber yang kekal.

Ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri menerusi pusat ini menyediakan prasarana bagi pemperosesan herba untuk tujuan komersial serta membantu usahawan bioteknologi melalui khidmat saintifik dan nasihat," katanya.

Katanya, pengoperasian semula pusat itu oleh ECERDC memang tepat dan selari dengan misi agensi berkenaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan selari dengan manifestasi pembangunan.

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Utusan Online - Mahkamah


Zahida gagal batalkan saman bekas pemandu

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Zahida Rafik

KUALA LUMPUR 16 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pelakon, Zahida Rafik untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh bekas pemandu peribadinya dengan kos sebanyak RM3,500.

Peguam Latheefa Koya memberitahu pemberita, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian ketika pengurusan kes itu di kamar beliau dengan alasan kes itu bukanlah sesuatu yang jelas dan nyata yang membolehkan mahkamah membatalkan saman tersebut.

Latheefa mewakili plaintif, Noor Azman Azemi, 40, yang juga anak saudara kepada penyanyi era 80-an Dayangku Intan.

Peguam itu turut menyatakan bahawa permohonan peguam, Jeffrey John yang mewakili Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik, 39, yang dinamakan sebagai pihak defendan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan, turut ditolak.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 dan 21 Oktober depan.

Pada 27 November tahun lalu, Noor Azman memfailkan saman tersebut atas dakwaan pelakon filem komedi Anak Mami The Movie itu telah mengeluarkan pernyataan fitnah sehingga menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu dan peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini dan akan datang telah terjejas.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa Zahida dengan salah dan berniat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah kepada pemberita akhbar Harian Metro dalam sebuah artikel bertajuk Zahida Rafik Terkedu yang disiarkan pada 3 Mac 2012.

Dakwa plaintif lagi, pada 5 Mac tahun yang sama, Zahida dengan niat jahat mengumumkan kepada orang awam ganjaran berjumlah RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai plaintif atas alasan kononnya plaintif disyaki melarikan wang tunai miliknya.

Justeru dakwa plaintif lagi, perkataan fitnah itu dalam makna asal merujuk plaintif sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri, tidak boleh dipercayai, penjenayah, pekerja yang tidak jujur, tidak mempunyai reputasi baik dan rendah moral.

Selain tuntutan ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya melafazkan, bercakap atau menyebabkan diterbitkan perkataan-perkataan fitnah atau mana-mana perkataan sama memfitnahnya secara lisan, melalui media cetak atau internet.

Dia yang telah berkhidmat sebagai pemandu peribadi pelakon itu selama tiga tahun bermula 2009, turut menuntut kos, perintah dan relif-relif lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah.

Hakim minta Kit Siang, UMMB selesai pertikaian kes saman

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April -Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk menyelesaikan pertikaian yang dibangkitkan dalam kes saman fitnah terhadap syarikat akhbar tersebut berhubung satu artikel yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 18 Ogos 2013.

Peguam Joanne Chua yang mewakili Kit Siang memberitahu pemberita, Hakim Datin Yeoh Wee Siam meminta anak guamnya dan UMMB supaya menghadiri proses mediasi (timbangtara) untuk menyelesaikan pertikaian tersebut menerusi rundingan.

Beliau bagaimanapun menyatakan, pihaknya belum mendapat sebarang arahan daripada Kit Siang berhubung usaha menyelesaikan saman itu yang menyentuh mengenai penyiaran artikel pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Joanne memberitahu, mahkamah hari ini membenarkan permohonan Kit Siang untuk meminda tajuk artikel iaitu Kit Siang manipulasi CEC? kepada Kit Siang manipulasi pemilihan CEC?

Fakta lain dalam saman itu, ujar Joanne, tiada sebarang perubahan dan Hakim Wee Siam menetapkan 14 Julai depan bagi pengurusan kes itu sebelum perbicaraan didengar pada 21 dan 22 Ogos depan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 19 September 2013, Kit Siang selaku pihak plaintif mendakwa UMMB yang dinamakan sebagai pihak defendan tunggal telah menyiarkan artikel yang didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah dan menuntut satu jumlah ganti rugi am, teruk dan teladan.

UMMB dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 25 November 2013 menyatakan, artikel tersebut ditulis berkaitan satu buku kecil Laporan Ekuiti yang dikatakan disusun oleh Father Augustus Chen dan telah disebarkan kepada masyarakat umum.

Syarikat akhbar itu menyatakan, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya dalam mendapatkan dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam artikel berkenaan dan ia berlandaskan perlindungan bersyarat serta kepentingan awam.

Berita Harian: Agama

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Berita Harian: Agama


Catatan ilmu ejen perubahan masyarakat

Posted: 02 Apr 2014 04:41 PM PDT

Apabila banyak kisah individu diberkas kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah didedahkan media, ramai yang melahirkan rasa 'tidak terkejut' kerana menganggap itu sebahagian daripada cara hidup moden.

Dadah racun bunuh nyawa, agama

Posted: 02 Apr 2014 04:40 PM PDT

Imam Syafii pernah mengungkapkan mutiara kata: "Ilmu itu adalah hasil buruan dalam karung dan menulis adalah tali ikatannya." Ungkapan ini wajar diperkukuhkan dalam jiwa untuk membudayakan menulis atau mencatat ilmu yang diperoleh.

Harakahdaily

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Harakahdaily


PAS rakam takziah buat keluarga Karpal

Posted: 16 Apr 2014 05:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mendiang adalah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

Karpal Singh, pembantu maut kemalangan jalan raya

Posted: 16 Apr 2014 06:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban.

Hudud: Perlukah dipinda perlembagaan?

Posted: 16 Apr 2014 08:04 AM PDT

Atas dasar itu perlukah perlembagaan dipinda jika Kelantan ingin melaksanakan hudud? Ya, benar ada dua pendapat. Satu pendapat kata perlu pinda Perlembagaan dan pendapat yang lain kata tidak perlu.

Belanja baiki stadium runtuh boleh bina stadium baru

Posted: 16 Apr 2014 04:02 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam ucapan penggulungan menjelaskan kerajaan negeri telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi stadium runtuh itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Umno ahli lembaga pengarah anak syarikat FGV

Posted: 16 Apr 2014 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menyaksikan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun beberapa kali tersasul memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebagai "Ahmad Maslan".

2,553 hektar tanah hutan simpan T'ganu bakal musnah

Posted: 16 Apr 2014 03:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 2,553 hektar tanah Hutan Simpan Besul, Dungun bakal musnah jika aktiviti pembalakan besar-besaran dan perlombongan bijih besi dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Air bawah tanah: Syabas tidak diperlukan lagi?

Posted: 16 Apr 2014 02:40 AM PDT

Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff, menyatakan bahawa negara kita dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik.

Pemilihan 2014: PKR buka ruang kempen cara sihat

Posted: 16 Apr 2014 07:52 AM PDT

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014 (JPP) mengambil pendekatan terbuka terhadap mana-mana calon berkempen selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan perlembagaan parti.

Hudud: Cukup dengan kenyataan Presiden PAS

Posted: 16 Apr 2014 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahfuz berkata, dengan penjelasan Presiden PAS itu, beliau dan juga pimpinan PAS yang lain tidak perlu lagi melangkaui untuk mengulas lanjut perkara itu.

MH370: Najib putar belit kenyataan, kata Anwar

Posted: 16 Apr 2014 01:32 AM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memutar belitkan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

AiU: Adakah kementerian pendidikan sudah 'dibeli'?

Posted: 16 Apr 2014 02:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hairan mengapa tiada satu kenyataan keras dibuat terhadap pentadbiran Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) ekoran perlanggaran jelas terhadap Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal - Wardina

Posted: 16 Apr 2014 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. Insya Allah khair," tulis Wardina Safiyyah.

PAS Kuala T'ganu sokong enakmen hudud

Posted: 16 Apr 2014 12:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU:   PAS Kawasan Kuala Terengganu turut menyokong usaha mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persendirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen.

Hudud di Kelantan: Anwar mahu dengar pendirian Najib

Posted: 16 Apr 2014 01:25 AM PDT

PETALING JAYA: "Mahu Najib terangkan dengan jelas. Jangan menggunakan agama atau selawat untuk jelaskan isu hudud ini sebab Dun Terengganu sendiri menolak usul hudud," kata Anwar.

PAC: Wan Azizah terima, ketua pembangkang tolak

Posted: 15 Apr 2014 10:26 PM PDT

SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor hari ini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Petani kecil gegar negara jika berhenti hasil makanan

Posted: 15 Apr 2014 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hak untuk mendapat tanah dan harga hasil berpatutan yang memberi kesan kepada petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara.

Iraq umum tutup 'pusat penyeksaan' Abu Gharib

Posted: 15 Apr 2014 10:09 PM PDT

BAGHDAD: Selepas Saddam digulingkan melalui serangan Amerika Syarikat pada 2003, maklumat dari penjara itu bocor dengan menunjukkan penyiksaan banduan oleh pegawal penjara Amerika Syarikat.

Antara ketirisan bakat dan kemampuan negara

Posted: 15 Apr 2014 09:47 PM PDT

Setiap warga Malaysia prihatin terhadap negaranya. Perasaan kasih terhadap tanah tumpah darahnya ini sesekali tidak pudar. Rakyat mahukan pentadbiran negara yang lebih efisyen dan berwibawa.

MH 370: Tiada objek berkaitan ditemui Bluefin-21

Posted: 15 Apr 2014 09:35 PM PDT

PERTH: Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk mengesan MH370 yang hilang.

Undang-undang darurat jika bekalan air di tahap bahaya

Posted: 15 Apr 2014 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Lajnah Dakwah teruskan Wacana Pengukuhan Aqidah

Posted: 15 Apr 2014 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat meneruskan siri Wacana Pengukuhan Aqidah kepada umum dan kali ini adalah siri ke 2 dengan tema Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

MH370: Najib baca saja, gaya Hishammuddin macam Anwar

Posted: 15 Apr 2014 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar kehilangan MH370, kelembikan Hishammuddin sebelum ini, khasnya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri seakan-akan dilupakan.

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Posted: 15 Apr 2014 07:31 PM PDT

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak, kita akan mengingati sejarah hitam yang berlaku pada Februari 2009.

S'gor belanja RM1.28 juta insentif perkahwinan belia

Posted: 15 Apr 2014 07:05 PM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor berbelanja RM1.28 juta bagi program insentif perkahwinan beliau sejak tahun lalu.

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Utusan Online - Hiburan


Dynas nafi sudah bercerai

Posted: 16 Apr 2014 12:45 AM PDT

PETALING JAYA 16 April - Pelakon Dynas Mokhtar, 31, hari ini sekali lagi menafikan dakwaan yang dia dan suami, Mohd. Hafizy Mohd. Hafiz, 43, telah bercerai.

Menurutnya, semua itu adalah gosip dan meminta agar kisah tersebut tidak terus diperbesarkan kerana dibimbangi memberi impak kepada keluarganya.

"Itu hanya gosip. Perkara ini memberi impak kepada seluruh keluarga kami, jangan terus diungkit," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran pertandingan Johnson Baby of the Year 2014, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun selepas terus ditanya mengenai perkara tersebut, Dynas meminta agar persoalan itu dirujuk terus kepada Mohd. Hafizy, bukannya beliau.

"Saya tidak mahu cakap soal ini depan anak saya kerana mereka sudah faham banyak perkara. Lebih baik kalau anda semua bertanya kepada ayah mereka," katanya sambil memohon untuk tidak terus diganggu dengan soalan terbabit.

Sebelum ini, ada cerita mengatakan pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar telah bercerai pada Februari lalu, sekitar pukul 3 petang di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang pengesahan dibuat oleh Dynas dan Mohd. Hafizy setakat ini. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 Mac, 2008 dan dikurniakan dua orang anak, Khyra Khalyssa, 5, dan Mohamed Haqaish, 2. - UTUSAN ONLINE

Tidak mahu mewahkan anak

Posted: 16 Apr 2014 06:02 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Wahidah Zainal

Scha Al-yahya

TIDAK dinafikan berita kehamilan pelakon Scha Al-Yahya benar-benar menggembirakan ramai peminatnya . Ini kerana bukan sahaja peminat Scha yang cukup teruja tetapi peminat kepada suaminya juga iaitu Awal Ashaari rasanya cukup tertunggu berita baik ini. Kelihatan anggun dan sihat di kala kandungannya sudah memasuki 24 minggu, Scha tidak menolak di awal tiga bulan kehamilan dia mengalami alahan yang amat teruk.

Jujurnya melihat kehidupan pasangan stailo ini, sudah ada yang menggambarkan anak kepada kedua selebriti ini juga bakal menjadi perhatian. Mana tidaknya jangkaan pasti merasakan anak pertama pasangan ini nanti tentunya akan dibesarkan dalam kemewahan. Menyangkal kenyataan itu, menurut Scha permata hatinya itu tidak akan sama sesekali berada pada medium kemewahan sepanjang proses pembesarannya kelak.

Mengakui agak tegas dalam soal ini, bagi Scha dia tidak menolak suaminya itu nanti akan sedikit berbeza dari sikapnya. Enggan terus memanjakan anaknya dengan kemewahan, Scha dengan tegas sudah memberitahu Awal agar tidak membesarkan anak mereka nanti setanding anak-anak pasangan artis Hollywood. Jika ada yang mahu mengatakan anak yang bakal lahir ini nanti bakal menandingi "Suri Cruise", bagi Scha soal itu tidak semestinya perlu tampilkan anak mereka dengan pakaian mewah sentiasa. Sebaliknya, memadai dengan menyesuai padan pakaian tidak berjenama juga boleh dilakukan.

"Ibu mertua serta keluarga saya sendiri sudah menasihati agar tidak mengajar anak dengan hidup bermewah-mewah sejak dari kecil.

"Saya sendiri sudah diasuh untuk belajar mendapatkan sesuatu dengan usaha sendiri. Dengan ajaran yang sama, saya mahu anak saya juga begitu. Memang kalau lihat dari sekarang juga memang nampak Awal yang akan manjakan anak ini dan saya akan jadi sedikit garang dengan anak-anak," katanya.

Menolak sudah membeli belah sakan untuk menyambut kehadiran orang baharu nanti, bagi Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31, buat masa ini masih belum ada persiapan secara besar-besaran. Sungguhpun Scha sudah menetapkan pendiriannya begitu, Awal bagaimanapun nampaknya sudah teruja untuk mendapatkan sedikit barangan bayi.

"Buat masa ini kami tidak buat persiapan lagi, memang Awal sudah mahu membeli tetapi saya kata nanti dahulu, belum masanya lagi. Buat masa ini kami baru dapatkan kereta sorong bayi, itu pun berwarna hitam. Selain itu juga kami sudah membelikan pengepam susu.

"Selain itu, sewaktu ke United Kingdom tempoh hari Awal ada beli bantal busuk berjenama Dior. Memang saya kata kepada Awal hanya itu sahaja yang boleh dibeli buat masa sekarang. Sebab saya memang tidak mahu beli barangan yang mewah," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran wangian terbaharu Avon di Kuala Lumpur.

Walaupun Scha sudah nampak comel dengan badan yang agak berisi kini, namun kandungannya itu belum dapat dipastikan jantina. Jujurnya Scha tidak merasakan jantina anaknya sebagai suatu perkara yang penting memandangkan dia lebih mementingkan kesihatan anaknya itu nanti.

"Memang sudah dua kali kami membuat imbasan, tetapi kedudukan kandungan terlalu ke bawah. Jadi, doktor tidak dapat memastikan jantina kandungan lagi buat masa sekarang. Kalau ikutkan saya memang tidak kisah, lelaki ke perempuan ke, sama sahaja bagi saya. Tetapi untuk Awal, memang jelas dia mahukan anak lelaki.

"Kalau ikutkan memang badan saya agak berisi sekarang, mungkin sebab saya selera makan. Sewaktu trimester pertama memang saya tidak lalu makan dan hilang empat kilogram. Alhamdulillah sekarang memang saya kuat makan, jadi badan itu sedikit naik," katanya.

Terus berkongsi kisah sepanjang kehamilan, menurut Scha tiga bulan pertama kandungan keadaannya agak teruk. Malah ada suatu ketika dia turut merasakan amat tertekan sehingga mengganggu sedikit emosinya, menjadi tidak keruan.

Pun begitu, menganggap momen ini sebagai satu anugerah terindah, bagi Scha pada mulanya dia tidak menyangka dirinya hamil. Ini kerana, tiga bulan sebelum disahkan hamil dia pernah mengidapi endometriosis.

"Memang pada awal tiga bulan keadaan saya amat teruk. Saya tidak boleh terima gangguan, malah telefon saya juga diletakkan dalam mood senyap. Pada suatu ketika saya terasa amat tertekan. Oleh kerana begitu takut, saya tanyakan kawan-kawan saya tentang soal ini, nyata kata mereka ia hanya satu fasa biasa bagi ibu mengandung.

"Saya disahkan mengandung selepas membuat endoskopik ekoran saya disahkan menghidap endometriosis. Sangat tidak sangka. Kami memang terkejut pada mulanya, tetapi dalam masa yang sama sangat teruja," katanya yang pernah menyimpan impian untuk bergelar ibu sebelum berusia 30 tahun.

 

Che Rahimah

Copyright 2010 All Rights Reserved